
Formula 1 dan Apple Original Films baru-baru ini telah melancarkan teaser pertama filem yang ditunggu-tunggu oleh peminat sukan, Formula 1. Kemunculan klip video berdurasi kurang dari dua minit itu memberi gambaran yang dipacu adrenalin tentang aksi yang akan datang.
Filem Perlumbaan Formula 1 ini diarahkan oleh Joseph Kosinski dan diterbitkan oleh penerbit filem ‘Top Gun: Maverick’, Jerry Bruckheimer.
Brad Pitt adalah bintang utama di mana dia beraksi sebagai bekas pemandu F1, Sonny Hayes, yang kembali ke sukan itu untuk bergandingan dengan rakan sepasukan, Joshua Pearce (Damson Idris), di pasukan APXGP.
Filem ini turut menampilkan aksi pemandu-pemandu profesional seperti Esteban Ocon, Carlos Sainz dan ramai lagi di beberapa litar ketika perlumbaan sebenar berlangsung, seperti British Grand Prix dan The Rolex 24 At Daytona pada Januari lalu.
F1 akan diedarkan di pawagam dalam format IMAX oleh Warner Bros. Tayangan di peringkat antarabangsa bermula pada 25 Jun 2025, dan di Amerika Utara pada 27 Jun 2025.
Joms saksikan teaser berikut dan sama-sama kita nantikan kemunculan filem ini di pawagam berhampiran. – Getaran, 10 Julai, 2024



