‘Teaser’ Squid Game 2 Buat Netizen Tak Keruan – “Akhirnya, Selepas Tiga Tahun Tunggu!”

Movie
2 Feb 2024 • 5:47 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Platform penstriman terkenal, Netflix yang melancarkan teaser pendek drama bersiri popular, Squid Game 2 baru-baru ini telah berjaya menarik perhatian ramai.

Menerusi teaser yang dimuat naik oleh Netflix di laman TikToknya, pihaknya memberitahu Squid Game 2 bakal ditayangkan pada tahun ini namun, tarikh tayangan masih belum dimaklumkan secara rasmi.

Teaser Squid Game 2

@netflix

SQUID GAME. SEASON 2. Coming this year.

♬ original sound – Netflix – Netflix

Dalam video tersebut, kelihatan pelakon utama iaitu Lee Jung-jae berambut merah sedang bercakap telefon dengan seseorang dalam nada ingin membalas dendam kepada seseorang.

Difahamkan, Lee Jung-jae yang memegang watak sebagai Sung Ki-hoon membatalkan hasratnya untuk pergi ke Amerika Syarikat kerana ingin mengejar matlamat selepas dikaitkan dengan permainan maut yang dimenanginya dalam musim pertama.

image is not available

Sebelum ini , Netflix pernah mendedahkan barisan pelakon baharu untuk drama bersiri tersebut iaitu Im Si-wan, Kang Ha-neul, Park Sung-hoon, Yang Dong-geun, Park Gyu-young, Lee Jin-wook, Kang Ae-shim, Lee David, Jo Yu-ri, Won Ji-ahn, Noh Jae-won dan T.O.P (Choi Seung-hyun).

Ramai yang tak sabar!

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen di seluruh dunia meluahkan rasa teruja malah ada juga yang merayu agar Netflix mendedahkan tarikh sebenar tayangan drama yang pernah mencetuskan fenomena itu.

image is not available image is not available image is not available image is not available

Terdahulu, Lee Jung-jae pernah pernah mengejutkan ramai apabila dia meminta bayaran lebih RM4.6 juta ($1 milion) untuk setiap episod Squid Game 2.

Sumber: TikTok @Netflix