Teater Simpan SSPN perkasa literasi kewangan murid

LocalPersonal Finance
17 Aug 2026 • 11:53 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Teater Simpan SSPN perkasa literasi kewangan murid

PETALING JAYA – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek Simpan SSPN sempena Karnival Ceria Simpan SSPN (KCS) 2026.

Ketua Eksekutif PTPTN, Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata, pertandingan itu bukan sahaja bertujuan memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan, malah menjadi wadah untuk mencungkil bakat serta mengembangkan kreativiti murid melalui pendekatan seni dan persembahan.

“Pertandingan Teater Pendek Simpan SSPN merupakan salah satu aktiviti utama dalam KCS Peringkat Negeri yang telah diadakan serentak di seluruh Malaysia pada 27 Jun 2026.

“Penganjuran pertandingan ini bukan sahaja bertujuan memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda, malah turut menjadi wadah untuk mencungkil bakat serta mengembangkan kreativiti murid melalui pendekatan seni dan persembahan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengangkat tema Simpanan Sejuta Impian, inisiatif itu memberi pendedahan awal kepada murid mengenai kepentingan pengurusan kewangan dan membudayakan amalan menabung sejak usia muda.

Ujarnya, penganjuran peringkat negeri mendapat sambutan menggalakkan dengan penyertaan 45 sekolah dari 13 negeri.

Tambah beliau, hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah lebih RM15,000 ditawarkan, termasuk lapan anugerah khas kepada sekolah, guru dan murid yang menunjukkan kreativiti, kualiti serta prestasi cemerlang sepanjang program. – KOSMO! ONLINE

The post Teater Simpan SSPN perkasa literasi kewangan murid appeared first on Kosmo Digital.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved