Tebing runtuh, dua kenderaan hampir jatuh dalam longkang

12 Oct 2024 • 10:36 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KUALA LUMPUR, 12 OKT:Hujan lebat yang berterusan di sekitar ibu negara hari ini menyebabkan dua kenderaan rosak selepas hampir terjatuh ke dalam longkang apabila tebing sungai di Taman Lembah Maju, Ampang dekat sini runtuh.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata bagaimanapun, insiden pada kira-kira 7 malam itu tidak melibatkan sebarang mangsa.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.14 malam sebelum sepasukan tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Ampang dikerah ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, didapati berlaku kejadian tebing runtuh berhampiran sungai terbabit yang berketinggian 10 meter menyebabkan dua kenderaan yang diparkir di situ hampir masuk ke dalam longkang.

“Kes kemudian diserahkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia dan Majlis Perbandaran Ampang Jaya untuk tindakan selanjutnya dan operasi tamat sepenuhnya pada 8.27 malam,” menurutnya dalam kenyataan di sini.

— BERNAMA

image is not available
Tanah di tebing sungai runtuh dalam kejadian di Taman Lembah Maju, Ampang pada 12 Oktober 2024. Foto Bomba

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved