Tecno Beri Bayangan Kehadiran Phantom V Flip 5G Untuk Pasaran Malaysia

TechnologyDigital
2 Oct 2023 • 12:20 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Phantom V Flip 5G telah dilancarkan sebelum ini sebagai peranti boleh lipat clamshell pertama keluaran Tecno. Pengenalannya dianggap menarik sekaligus mampu menggalakkan lagi persaingan sihat di kalangan pengeluar. Selain turut mencerminkan komitmen berterusan Tecno dalam memahami pilihan pengguna masa kini.

image is not available

Terbaharu Tecno seakan beri bayangan bakal membawa masuk peranti tersebut ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Tiada tarikh khusus yang didedahkan menerusi poster rasmi namun pengenalannya boleh diadakan dalam tempoh tiga hari daripada sekarang. Dalam masa sama tiada sebarang laman pengiklanan rasmi untuknya yang diterbitkan buat masa ini.

image is not available

Selain itu turut menjadi tanda tanya adalah butiran spesifikasi dalaman. Namun ada kebarangkalian besar peranti mempunyai perkakasan dalaman yang sama seperti sebelum ini. Justeru sama-sama kita nantikan perkembangan selanjutnya daripada pihak Tecno berhubung hal ini.