TECNO MEGABOOK S14 Adalah Laptop Paling Nipis Dan Ringan Di Dunia Dengan 898g Dan 13.9mm

TechnologyDigital
4 Mar 2025 • 11:47 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semalam telah saya kongsi pengalaman di sekitar reruai TECNO di MWC Barcelona 2025. Hari ini mereka secara rasminya telah melancarkan produk-produk yang diperlihatkan dan TECNO MEGABOOK S14 adalah antara yang membuatkan saya terfikir adakah pengeluar laptop Windows sudah menemui jalan penyelesaian untuk bersaing dengan ekosistem Apple yang sangat mesra?

image is not available

MEGABOOK S14 adalah laptop Windows yang memfokuskan kepada AI dan ekosistem. Buat pertama kali, TECNO menyertakan aplikasi baharu TECNO AI dengan Ella Voice untuk peranti Windows. Lebih menarik, majoriti ciri AI pada peranti diproses dari dalam peranti tanpa sambungan Internet. Peranti ini turut menggunakan cip Snapdragon X Elite yang menjadikannya sebagai laptop Copilot+.

image is not available

Dengan cip ini, MEGABOOK S14 secara tidak langsung adalah laptop AI paling ringan dan paling nipis di dunia. Laptop ini hadir dengan skrin OLED 2.8K dengan kadar segar semula 120Hz, menggunakan rekaan yang nipis dan ringan, menyokong bateri bersaiz 70Wh dengan pengecasan 65W, dipadankan dengan memori 32GB RAM dan 1TB storan SSD. TECNO turut bekerjsama dengan Qualcomm untuk memastikan bateri laptop ini boleh bertahan sehingga 16 jam dengan penggunaan ciri dan fungsi lengkap.

image is not available

TECNO MEGABOOK S14 ini mempunyai aplikasi TECNO AI dan Ella Voice. Tekan satu kekunci Ella Voice akan diseru dan pengguna boleh menggunakan banyak ciri AI mirip Ella dalam telefon TECNO. Model AI yang digunakan adalah gabungan DeepSeek, ChatGPT dan Gemini. Ciri seperti menjana teks, membantu menulis dengan kreatif, merakam minit mesyuarat dan menjana transkripsi berserta ringkasan semuanya boleh dilakukan pada laptop ini. Malah, anda turut boleh menjana slaid pembentangan PowerPoint dengan hanya memasukkan prom.

image is not available

TECNO VOC Plus pula adalah ciri bonus yang diberikan kepada pengguna seperti kamera web AI, 6 speaker DTS X: Ultra, dwi-mikrofon ENC, dan sistem kamera yang boleh menukar latar belakang. TECNO turut ingin bersaing dengan Apple dengan menawarkan ekosistem seakan Huawei dan Honor.

image is not available

Hanya tap telefon TECNO berdekatan dengan pad sesentuh, ia akan bersambung dan secara automatik semua tugasan atau pemindahan fail menjadi lebih pantas serta efisien. Ia seakan magis dan mimpi, kerana fail teks yang dijana AI pada MEGABOOK S14 boleh terus muncul dalam TECNO CAMON 40 Premier 5G.

image is not available

TECNO berkongsi yang laptop mereka turut boleh disambungkan dengan GPU luaran NVIDIA menggunakan sambungan USB-C sahaja. Dengan ini, MEGABOOK S14 akan mempunyai kuasa berganda hebat untuk mengendalikan perisian 3D.

image is not available

Laptop ini besar kemungkinan tidak akan dijual di Malaysia kerana persaingan yang sengit dan permintaan laptop berjenama China yang masih belum meraih sambutan yang rancak. Walau bagaimanapun, jika jualan peranti TECNO tahun ini memberangsangkan di Malaysia – TECNO akan berusaha memperluaskan penawaran produk mereka.