Tecno Memperlihatkan Kaca Mata Realiti-Terimbuh Untuk Bermain Permainan Video – TECNO Pocket Go Windows AR

TechnologyDigital
6 Sep 2024 • 10:40 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sempena acara IFA 2024 yang berlangsung minggu ini, TECNO membuat kejutan dan memperlihatkan produk terbaru mereka dinamakan TECNO Pocket Go Windows AR. Melaluinya, ia menawarkan sebuah kaca mata pintar realiti-terimbuh yang dihubungkan ke alat kawalan yang menjalankan sistem Windows.

image is not available

Alat kawalan berkenaan hadir bersama cip AMD Ryzen 7 8840HS, grafik Radeon 780M, bateri 50Wh, dan menyertakan butang kawalan asas bersama-sama dengannya sesuai keperluan seorang “gamer”. Pada bahagian kaca mata pula, ia hadir dengan kaca mata yang menyertakan skrin 0.71-inci mikro-OLED.

Menggunakannya, TECNO mengatakan ia memberikan pengalaman seumpama bermain pada skrin bersaiz 215-inci. Walaubagaimanapun, ia masih tidak diketahui sepenuhnya berkenaan pengalaman penggunaan, dan adakah ia menawarkan keselesaan pada masa untuk penggunaan berpanjangan.

Buat masa ini, TECNO masih belum mengumumkan harga jualan dan penawaran peranti ini kepada umum.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved