Tecno Phantom V Flip 5G Disenaraikan Pada Harga RM2,999 Di Malaysia

TechnologyDigital
5 Oct 2023 • 10:36 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Bukan lagi rahsia apabila harga jualan Tecno Phantom V Flip 5G telah ditemui tersenarai di kedai atas talian Lazada dan Shopee. Peranti ini dijual pada RM2,999 sebuah dengan sebuah Tecno Spark Go yang diberikan secara percuma untuk setiap pembelian. Menariknya lagi apabila ia turut boleh dibeli dengan harga lebih rendah RM2,899 untuk masa terhad sehingga 7 Oktober 2023.

image is not available

Dari aspek rekaan Tecno Phantom V Flip 5G mempunyai bahagian belakang yang diperbuat daripada bahan berasaskan kulit. Sebanyak dua pilihan warna yang disediakan seperti Mystic Dawn dan Iconic Black. Bahagian hadapan pula memuatkan skrin sekunder berbentuk bulat yang juga dilengkapi sistem dwi-kamera utama.

image is not available

Panel digunakan adalah sejenis AMOLED beresolusi FHD+ untuk kedua-duanya belah skrin. Kelebihan untuk skrin utama yang disertakan kemampuan kadar segar semula 120Hz. Kemudiannya Tecno turut mendakwa peranti boleh digunakan sehingga 200,000 kali lipatan tanpa kesan yang ketara.

image is not available

Seterusnya peranti juga menggunakan cip MediaTek Dimensity 8050, memori memori 8GB RAM LPDDR4 dan storan 256GB untuk tunjang utama. Bateri 4000mAh yang disertakan menyokong pengecasan 45W menerusi port USB-C, seterusnya konfigurasi kamera utama pula 64MP + 13MP dan kamera swafoto sebesar 32MP.