Tecno Pova 7 4G Ditawarkan Di Malaysia Bermula Harga RM599

TechnologyDigital
25 Jul 2025 • 12:34 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno memperkenalkan model baharu Pova7 untuk pasaran Malaysia dengan tumpuan pada bateri berkapasiti besar 7000mAh. Ia turut dipadankan dengan pengecasan pantas 45W untuk kelancaran penggunaan seharian.

image is not available

Peranti menggunakan paparan bersaiz 6.78 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan dijana cip Mediatek Helio G100 sebagai tunjang utama. Pengguna juga ditawarkan memori 8GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB sebagai pelengkap. Ia turut menjalankan perisian terkini HiOS 15 (Android 15) bersama pelbagai ciri berasaskan AI seperti AI Call Assistant, AI Voiceprint Noise Suppression, AI Eraser 2.0, AI Image Extender dan FreeLink Communication.

image is not available

Lain-lain ciri disertakan termasuklah kamera utama 108MP +2MP, sistem audio stereo dan kalis air IP64. Peranti ini disenaraikan pada harga bermula RM599 di Malaysia.