Tecno Pova 7 Bakal Tiba Tidak Lama Lagi

TechnologyDigital
16 Jun 2025 • 5:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno mengesahkan kehadiran model terbaharu mereka Pova 7 menerusi siaran dengan slogan A Portal to the Supreme. Peranti dijangka menjadi pengganti kepada siri Pova 6 yang dilancarkan tahun lalu. Walaupun butiran penuh masih belum didedahkan, imej promosi menunjukkan rekaan modul kamera baharu.

image is not available

Ia menggunakan susunan tri-kamera secara menegak dengan elemen kemasan jingga di bahagian sisi. Menurut laporan tertiris, siri ini berkemungkinan hadir dengan beberapa variasi termasuk POVA 7, POVA 7 5G dan POVA 7 Pro 5G. Peranti turut dijangka menerima peningkatan termasuk paparan berkadar segar semula tinggi, serta kapasiti bateri yang lebih besar.

image is not available

Tecno Pova 7 dijangka dilancarkan terlebih dahulu di pasaran India sebelum diperluaskan ke pasaran antarabangsa. Tarikh rasmi pelancaran dijangka diumumkan dalam masa terdekat. Imbas Kembali, tecno sedia menawarkan siri Pova 6 di Malaysia dengan harga RM699 (Pova 6 Neo), RM899 (Pova 6) dan RM999 (Pova 6 Pro).

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved