Vivo Malaysia kini mula mengacah kehadiran model baharu X200 FE melalui beberapa siaran terkini di laman Facebook rasmi mereka.

Imej promosi yang disertakan hanya menampilkan nama model dan bayangan bentuk peranti tanpa mendedahkan spesifikasi terperinci atau tarikh pelancarannya. Menariknya, reka bentuk panel belakang kelihatan berbeza sepenuhnya daripada model sebelumnya. Selain itu, ia dihiasi dengan sentuhan warna-warna ceria seperti merah jambu, kuning dan biru yang menonjolkan identiti yang lebih segar.

Berdasarkan maklumat awal, X200 FE dijangka hadir dengan paparan rata bersaiz 6.31 inci, menjadikan saiznya cukup kompak dan selesa untuk digenggam. Selain itu, ia turut dikatakan dilengkapi kamera ZEISS 50MP yang berpotensi menawarkan keupayaan fotografi lebih berkualiti dan tajam. Sama-sama nantikan maklumat rasmi daripada Vivo Malaysia yang dijangka dikongsikan dalam masa terdekat.
