Tecno Spark 20 Pro Dilancarkan – Cip Helio G99 Dan Kamera 108MP

TechnologyDigital
18 Dec 2023 • 1:10 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Tecno Spark 20 Pro dilancarkan secara rasmi di Filipina dengan beberapa perubahan berbanding model sebelum ini. Misalnya seperti skrin lebih besar 6.78″ dan kadar segar semula lebih tinggi 120Hz. Perubahan juga dibuat pada tunjang utama dengan cip Helio G99 dan kamera utama sebesar 108MP.

image is not available

Melihat dengan lebih terperinci peranti menawarkan skrin IPS LCD sebesar 6.78″ FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ini digabung juga dengan cip Helio G99, memori 8GB RAM dan storan 256GB untuk tunjang utama. Bateri 5000mAh disertakan menyokong pengecasan pantas 33W, di samping turut dimuatkan kamera utama 108MP dan swafoto 32MP.

Harga jualan ialah PHP 5,599 (~RM470) tanpa butiran lanjut mengenai ketersediaannya di pasaran Malaysia. Pun begitu anda masih boleh mendapatkan Tecno Spark 20 yang dijual pada RM499 sahaja.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved