“Tegangnya” – Babak Ranjang Hyeri Dengan Wanita Dalam ‘Friendly Rivalry’ Tular

EntertainmentMovie
14 Feb 2025 • 11:36 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Baru-baru ini, sebuah drama yang mendapat perhatian ialah “Friendly Rivalry”, sebuah rancangan GL (girls love) yang dibintangi oleh Hyeri, Chung Su-bin, dan bekas ahli Kang Hye-won IZ*ONE.

Baru sahaja bersiaran, ramai yang terperanjat apabila melihat babak ranjang yang ‘mendalam’ antara kedua-dua watak siri berkenaan. Ianya bermula apabila watak Hyeri memasuki tab mandi bersama watak Chung Su-bin sebelum mencium bibirnya secara rawak.

Ingatkan sampai di situ sahaja, mereka kemudiannya menyambung ciuman itu dengan lebih ghairah hingga menimbulkan rasa terkejut penonton meskipun itu hanyalah mimpi sahaja.

Dalam pada itu, dalam babak lain, watak Hyeri dilihat turut membuka baju dengan ‘selamba’ lantas membuktikan bahawa pelakon itu kian berani membawa watak yang lebih berani dan di luar kotak.

Komen penonton,

  • Lain betul Hyeri sekarang.
  • Macam mukbang weh.
  • Tegangnya.

Dahsyatnya..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.