Tegar Dihalau Keluar Dari Rumah Sewa, Bekas Isteri Pula Sudah Ada Pengganti

10 Nov 2022 • 2:54 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Perkahwinan yang dibina oleh penyanyi, Tegar sebelum ini dilaporkan berakhir pada bulan Jun yang lalu dan rata-rata peminat rasa terkejut kerana mereka terlihat sangat bahagia, tambahan pula dikurniakan seorang cahaya mata.

Difahamkan, penyanyi tersebut mengalami depresi serta terbeban dengan kewangan keluarga yang perlu ditanggung olehnya.

Baru-baru ini, bekas isteri Tegar dikatakan sudah mempunyai teman pengganti selepas tersebar satu gambar mesranya memakai baju sedondon dengan seorang jejaka.

image is not available

image is not available

Tegar terpaksa keluar dari rumah sewa

Sementara bekas isteri move on dengan kehidupan seharian seperti biasa, penyanyi berasal dari Indonesia itu kini sedang melalui masalah baru apabila dia berkongsikan dirinya dihalau dari rumah sewa.

Macam mana lagi aku nak bayar rumah sewa? Kasihan dengan orang tua aku. Nak tidur mana Ya Allah. Kenapa aku selalu kena tipu?

Bukan saja tidak mampu membayar duit rumah sewa, malah makanan seharian juga susah untuk dicari.

Difahamkan juga, bekas peserta Big Stage 2022 itu segera diminta untuk keluar dari rumah berkenaan kerana adik kepada penyewa mahu tinggal disitu.

Sekadar info, sekitar tahun 2013, Tegar berjaya menarik perhatian ramai dengan lagunya berjudul Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, namun kesenangan yang diraih tidak bertahan lama.

Kredit: Merdeka

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved