Tegar Dihalau Tak Mampu Bayar Sewa, ‘Ex-Wife’ Pula Dah Ada Pengganti Lepas 4 Bulan Cerai?

Entertainment
10 Nov 2022 • 11:05 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Hubungan suami isteri penyanyi, Tegar berakhir pada bulan Jun yang lalu dan kebanyakkan pihak berasa terkejut kerana mereka terlihat sangat bahagia, tambahan pula dikurniakan seorang cahaya mata.

Difahamkan, penyanyi tersebut mengalami depresi serta terbeban dengan kewangan keluarga yang perlu ditanggung olehnya.

Baru-baru ini, bekas isteri Tegar dikatakan sudah mempunyai teman pengganti selepas tersebar satu gambar mesranya memakai baju sedondon dengan seorang jejaka.

image is not available

Sementara bekas isteri move on dengan kehidupan seharian seperti biasa, penyanyi berasal dari Indonesia itu kini sedang melalui masalah baru apabila dia berkongsikan dirinya dihalau dari rumah sewa.

Macam mana lagi aku nak bayar rumah sewa? Kasihan dengan orang tua aku. Nak tidur mana Ya Allah. Kenapa aku selalu kena tipu?

Bukan saja tidak mampu membayar duit rumah sewa, malah makanan seharian juga susah untuk dicari.

Difahamkan juga, bekas peserta Big Stage 2022 itu segera diminta untuk keluar dari rumah berkenaan kerana adik kepada penyewa mahu tinggal disitu.

Sekadar info, sekitar tahun 2013, Tegar berjaya menarik perhatian ramai dengan lagunya berjudul Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang, namun kesenangan yang diraih tidak bertahan lama.

image is not available 4 bulan lalu

"Dia Selalu Pinjam Duit Kawan" - Tegar Dedah Cerai Sebab 'Stress' Tapi Bekas Isteri Ada Cerita Lain?