Teguk 1.8 Liter Air Dalam Masa 20 Minit, Wanita Maut Akibat Keracunan Air

Entertainment
6 Aug 2023 • 1:22 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Siapa sangka dengan hanya minum air dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat boleh meragut nyawa seorang wanita di Washington, Amerika Syarikat.

Ashley Summer, 35, dilaporkan meninggal dunia akibat ketoksikan atau keracunan air akibat minum air 1.8 liter dalam tempoh 20 minit.

Wanita tersebut dilaporkan sempat menghabiskan masa di Tasik Freeman bersama suami dan dua anak perempuannya pada hujung minggu lalu selama empat hari.

Menurut keluarga, Ashley mengadu bahawa dia berasa pening dan sakit kepala yang teruk selain mengalami dehidrasi.

Akibat berasa haus yang melampau, Ashley minum air dalam kuantiti yang banyak untuk menghilangkan rasa dahaga, sebelum rebah di garajnya.

image is not available

Ashley sempat dibawa ke hospital oleh salah seorang ahli keluarganya. Menurut laporan perubatan, Ashley mengalami bengkak otak, namun mereka tidak mengetahui apa puncanya serta tidak tahu apa yang boleh dilakukan untuk menyembuhkan wanita itu.

Ashley dilaporkan tidak menyedarkan diri sehingga meninggal dunia.

Menurut pakar toksikologi Dr A.S. Blake Froberg, punca kematian yang jarang berlaku lebih berkemungkinan berlaku ketika musim panas atau jika seseorang kerap bersenam.

“Ada perkara tertentu yang boleh membuat seseorang lebih berisiko untuknya, tetapi perkara keseluruhan yang berlaku adalah mempunyai terlalu banyak air dan tidak cukup natrium dalam badan anda,” katanya kepada sumber.

Untuk rekod, kematian Ashley menyelamatkan nyawa lain apabila dia mendermakan jantung, hati, paru-paru, buah pinggang dan tisu tulang kepada mereka yang memerlukan.

Kredit: Harian Metro

image is not available

Sumber: India Times

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.