Tegur Dewi ‘Gagal’ Guna Plastik Sampah Bungkus Pasta, Akaun Grab Lelaki Ini ‘Hilang’? – “Sampai Hilang Mata Pencarian Orang”

LocalFood
29 Aug 2025 • 8:03 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini, salah seorang pelanggan telah memuat naik satu video di akaun TikToknya memaparkan isteri usahawan pizza, Jofliam iaitu Dewi membungkuskan pasta yang dibeli.

Lelaki tegur Dewi ‘gagal’

Dalam video berkenaan, lelaki terbabit terkejut melihat plastik yang digunakan oleh Dewi untuk membungkus pasta tersebut.

Besarnya plastik ni barang satu je, gagal.

image is not available

Niat hanya mahu menegur plastik yang digunakan terlalu besar tetapi siapa sangka video tersebut tular di platform TikTok.

Akaun TikTok dihapuskan serta-merta

Susulan sudah tular, difahamkan akaun TikTok lelaki berkenaan sudah pun dihapuskan dan itu membuatkan netizen berasa berang, malah mendakwa ia perbuatan Jofliam.

image is not available

Dalam pada masa yang sama, ramai yang bersimpati dengan nasib individu lelaki tersebut kerana difahamkan hilang mata pencarian susulan akaun TikTok dihapuskan sepenuhnya.

image is not available 2025-08-29 17:01:06

"Dulu Betul Layan Macam Queen Tak Bagi Bersusah, Sekarang Macam.." - Netizen Bandingkan Layanan Jofliam Terhadap Dewi & Cik Epal