Individu Label Pasta Wagyu Jofliam Gagal, Beli RM75 Tapi Dibungkus Plastik Sampah

LocalFood
29 Aug 2025 • 12:06 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Usahawan sensasi, Jofliam sekali lagi menjadi bualan netizen apabila menjual satu menu baharu iaitu pasta wagyu yang dikatakan menjadi rebutan ramai kerana rupanya yang menarik.

Pasta wagyu Jofliam gagal?

image is not available

Namun begitu, tular di Threads, satu tangkap layar memaparkan seorang pelanggan meluahkan rasa kecewa setelah membeli makanan tersebut dengan harga yang begitu mahal dan dibungkus menggunakan plastik yang tidak bersesuaian.

image is not available

“Jual pasta wagyu tapi guna plastik sampah sahaja ke? Kata dia T20, duduk rumah tiga tingkat.

“Orang lain jual pasta pun boleh guna plastik yang lebih elok atau paper bag, dengan ingin netizen mengumumkan Jofliam dah muflis,” kata pengguna threads itu, baru-baru ini.

Dalam perkongsian berbeza, tular sebuah video memaparkan seorang pelanggan memberi review jujur menganggap usahawa tersebut telah gagal dalam memasarkan produk baharunya itu ketika membeli secara bersemuka.

“Ni bukan main besar plastik tapi barang satu sahaja, gagal,” katanya.

image is not available

Meninjau ke ruangan komen, warganet mengecam cara pembungkusan makanan yang dijual oleh Jofliam dan membandingkannya dengan peniaga lain yang masih mampu menyediakan pembungkusan yang lebih baik biarpun tidak meletakkan harga terlalu tinggi pada makanan yang dijual.

Malah ada juga wargamaya meluahkan rasa kecewa kerana seolah-olah ditipu dan mahu memboikot daripada terus membeli kerana menganggap ia satu pembelian yang tidak menguntungkan.

Nasi lemak tepi jalan punya plastik lagi elok

image is not available

Beg kertas baru berapa sen

image is not available

Bekas tahi kucing lagi mahal

image is not available

Sumber: Threads hypejuju2020, halinakamaludin