Tegur merokok cetus pergaduhan di restoran nasi kandar

LocalPolitics
19 Apr 2026 • 8:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Tangkap layar video tular memaparkan insiden pergaduhan di restoran nasi kandar di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang pada Rabu.

KUALA LANGAT – Tindakan seorang lelaki menegur individu lain yang merokok di sebuah restoran nasi kandar di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang di sini dipercayai menjadi punca pergaduhan pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2.07 pagi daripada seorang lelaki tempatan.

“Hasil siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara dua pihak selepas salah seorang individu ditegur kerana merokok di kawasan berkenaan.

“Situasi itu kemudian bertukar menjadi pergaduhan apabila kedua-dua pihak bertindak memukul antara satu sama lain,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved