Ditegur kerana merokok dipercayai punca pergaduhan di sebuah restoran

LocalPolitics
19 Apr 2026 • 2:10 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 19 APRIL: Pergaduhan di sebuah restoran nasi kandar di Bandar Rimbayu, Telok Panglima Garang dekat sini 15 April lalu, dipercayai berpunca selepas seorang individu ditegur kerana merokok.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi dalam kenyataan hari ini berkata pihaknya kini sedang mengesan individu yang terlibat dalam kejadian itu.

“Siasatan awal mendapati berlaku perselisihan faham antara dua pihak kerana seorang daripada mereka ditegur merokok sebelum berlaku pergaduhan dan saling memukul,” katanya.

Mohd Akmalrizal berkata kes disiasat mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana melakukan gaduh-gempar.

Orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta hadir ke balai polis berhampiran atau menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat menerusi talian 03-3187 2222.

Sebelum ini, video rakaman kamera litar tertutup berdurasi 47 saat memaparkan beberapa individu bergaduh di sebuah restoran tular di media sosial.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved