Teguran Seorang Ustaz Tentang Pengunjung Tak Solat Semasa Sambutan Hari Kebangsaan 2024 Curi Perhatian

LocalPolitics
31 Aug 2024 • 9:09 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sambutan Hari Kebangsaan 2024 yang menandakan 67 tahun kemerdekaan negara disambut dengan penuh warna-warni melalui perarakan Hari Kebangsaan yang meriah.

Acara pagi tadi menampilkan pelbagai kontinjen, jentera, dan aset keselamatan negara yang berjaya menarik perhatian ramai.

Namun, di sebalik keterujaan ini, seorang ustaz tampil meluahkan rasa terkilan. Beliau mendakwa ramai hadirin yang hadir awal pagi untuk acara tersebut mungkin telah mengabaikan solat Subuh.

Kesian, sanggup datang berhimpun pukul 4 pagi, mungkin kalau rumah jauh perlu bertolak pukul 2 atau 3 pagi. Waktu sebegini kita sepatutnya luangkan masa bertemu Tuhan melalui ibadah tahajud, pasti diangkat darjat setinggi-tingginya.- Ujarnya.

Tambah ustaz tersebut, acara sambutan Hari Kebangsaan ini boleh dianggap melalaikan, terutama jika menyebabkan seseorang meninggalkan solat. Menurutnya.

Ini adalah budaya Barat, kita seharusnya berlumba-lumba melakukan kebaikan dan meninggalkan segala larangan Allah SWT.- Tambahnya lagi.

Namun, teguran ini mengundang reaksi bercampur di kalangan netizen. Ada yang bersetuju, manakala ada juga yang kecewa dengan pandangan ustaz tersebut.

Saya pernah pergi ke sambutan Hari Kebangsaan tahun lepas, banyak disediakan kemudahan untuk pengunjung menunaikan solat. Majoritinya bangun mendirikan solat Subuh.- Kongsi seorang netizen.

Ustaz itu kemudian menjelaskan bahawa tegurannya bukan untuk menyinggung perasaan mana-mana individu.

Saya tidak menyebut ‘semua’ orang dan saya juga tidak menyebut nama individu tertentu. Tujuan saya cuma mahu menyeru masyarakat ke jalan takwa.- Tambahnya.

Teguran ustaz ini menjadi perbualan hangat di kalangan warga maya, dengan pelbagai pandangan yang dikongsikan.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook & Telegram.
Rujukan kami: mStar


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved