Teka-teki terjawab! Jep akui tak dijemput hadir ke majlis kahwin Shuib

Entertainment
1 Jul 2023 • 12:28 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Ketiadaan pelawak yang juga penyampai radio, Jep Sepahtu ketika majlis perkahwinan sahabat baiknya, Shuib bersama pasangan, Watie Hanifiah pada 23 Jun lalu menarik perhatian ramai sehingga mencetuskan tanda tanya.

Kini, teka-teki ketidakhadiran Jep ketika majlis perkahwinan Shuib akhirnya terjawab setelah seminggu membiarkan peminat menyelesaikan ‘puzzle’ yang hilang dalam satu sesi siaran langsung santai di kampung halaman menerusi aplikasi TikTok.

image is not available

Saya tak dijemput

Jep atau nama sebenarnya Muhd Nadzri Zainal Abidin menjelaskan perkara tersebut setelah disoal oleh pengikutnya di TikTok berkali-kali mahukan jawapan sebenar.

“Jep kenapa tak pergi kenduri kahwin Shuib?”tanya salah seorang pengikut.

Tanpa berselindung atau menggunakan kata-kata kiasan, pelawak berusia 38 tahun itu menjawab dan mendedahkan dirinya tidak menerima jemputan daripada Shuib.

“Oh, saya tak dijemput,”ujarnya.

Bagus Jep, bagi jawab jelas…

Seperti dijangka, hantaran tersebut menerima pelbagai reaksi di mana masing-masing memuji dan kagum dengan jawapan diberikan oleh Jep tanpa berselindung.

image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not available image is not availableimage is not available

Orang tak jemput memang haram datang

image is not available

Patutnya hari kenduri la masa terbaik eratkan hubungan

image is not available

Untuk rekod, Shuib dan Watie selamat bergelar suami isteri pada 23 Jun lalu dengan sekali lafaz dan dihadiri ahli keluarga, kenalan rapat, rakan-rakan artis lain termasuk pempengaruh media sosial.

Sumber: TikTok @ichanurintashah