Dakwa Tidak Dijemput, Jep Sepahtu Jawab Soalan Peminat Tentang Majlis Kahwin Shuib & Watie

Entertainment
1 Jul 2023 • 4:58 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Ketiadaan kelibat pelawak dan penyampai radio, Jep Sepahtu ketika majlis perkahwinan sahabatnya, Shuib dan Watie ternyata menjadi persoalan besar para peminat.

Terbaharu, Jep atau nama sebenarnya Muhd Nazri Zainal Abidin menjawab persoalan tersebut ketika sedang membuat siaran langsung TikTok ketika sedang beraya di kampung.

Menurut ahli kumpulan Sepahtu berusia 35 tahun itu, dia tidak hadir ke majlis perkahwinan sahabatnya itu kerana tidak mendapat jemputan.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas ada peminat yang bertanyakan tentang ketiadaan Jep di majlis tersebut.

“Oh saya tak dijemput”, jawab Jep secara bersahaja.

Hasil tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet berpuas hati dengan jawapan Jep yang tidak berkias dan jujur.

image is not available

Terdahulu, Shuib atau nama sebenarnya, Shahmira Muhamad sah menjadi suami kepada usahawan, Watie dengan sekali lafaz di Putra Glass House, Putra Heights.

Kredit: TikTok

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.