Tekad Tak Mahu Buat ‘Loan’ Bank, Pasangan Pengantin Sanggup ‘Ikat Perut’ Kumpul RM69,000 Untuk Majlis Kahwin

5 Nov 2026 • 1:45 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

Kos perkahwinan yang semakin tinggi tidak menghalang sepasang suami isteri daripada mengadakan majlis impian mereka tanpa perlu membuat sebarang pinjaman bank.

Pasangan Mohamad Badrul Amin Ashuri, 30, dan Nurul Atiqah Farhanah Mohd. Zaidi, 27, memperuntukkan kira-kira RM69,000 bagi tiga acara perkahwinan termasuk akad nikah, persandingan di Terengganu dan majlis bertandang di Johor.

Advertisement

Kumpul duit kahwin

Menurut Badrul Amin yang bekerja sebagai penyelia tapak binaan, dia dan isterinya sudah mula mengumpul wang sejak sebelum bertunang selain melakukan sendiri beberapa persiapan bagi menjimatkan perbelanjaan.

Kami mengumpul wang gaji sedikit demi sedikit, malah ada persiapan yang dilakukan sendiri bagi menjimatkan kos. Sejak awal saya dan isteri bersepakat untuk tidak membuat pinjaman bank.

sarung cincin nikah

Katanya, majlis akad nikah dan persandingan di Terengganu pada Mei lalu menelan belanja RM42,000, manakala majlis bertandang di Johor pada Oktober pula melibatkan kos RM27,000.

Antara perbelanjaan utama termasuk pembelian dua ekor lembu, katering untuk 2,500 tetamu, wang hantaran, pelamin, pakaian pengantin, cenderahati dan fotografi.

Taknak buat ‘loan’ untuk kahwin

Badrul Amin menjelaskan, perbelanjaan tersebut bukan bertujuan untuk bermewah, sebaliknya memastikan majlis kedua-dua keluarga berjalan lancar.

Dia turut menasihatkan bakal pengantin supaya membuat simpanan awal dan menetapkan bajet mengikut kemampuan agar tidak dibebani hutang selepas berkahwin.

majlis perkahwinan

Sementara itu, seorang bakal pengantin dari Langkawi, Amin Syakir, 21, menganggarkan RM2,000 untuk majlis akad nikah dan RM12,000 bagi penyediaan makanan untuk 1,000 tetamu pada majlis persandingan tahun hadapan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia Keenam (KPKM-6) mendapati purata perbelanjaan minimum perkahwinan meningkat kepada RM27,332 berbanding RM20,047 sedekad lalu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

BACA: “Kau Kahwin Pun Belum..” – Gesa Pengantin Maafkan ‘Emcee’ Viral Sehingga Babitkan Soal Anak, Zizan Razak Dikecam Teruk

The post Tekad Tak Mahu Buat ‘Loan’ Bank, Pasangan Pengantin Sanggup ‘Ikat Perut’ Kumpul RM69,000 Untuk Majlis Kahwin first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved