Tekanan ketara kos sara hidup jadi kebimbangan utama rakyat Malaysia – kajian Milieu

LocalBusiness & Finance
15 Sep 2026 • 3:50 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Tekanan ketara kos sara hidup jadi kebimbangan utama rakyat Malaysia – kajian Milieu Image from: Tekanan ketara kos sara hidup jadi kebimbangan utama rakyat Malaysia – kajian Milieu amree15/09/2026 - 15:50 Oleh AMREE AHMAD amree@dagangnews.com

KUALA LUMPUR 15 Sept — Tekanan ketara kos sara hidup menyaksikan 57% responden di Malaysia menyenaraikannya sebagai kebimbangan utama rakyat ketika ini, menurut kajian terbaharu Milieu.

 

Kajian terhadap 3,000 responden itu turut mendapati isu tersebut menjadi kebimbangan paling banyak disebut di rantau Asia Tenggara dengan 42% responden daripada tiga isu kebimbangan utama mereka.

 

Bagi Malaysia pula ujarnya, isu kemampuan pengguna untuk membeli barangan runcit, makanan dan pengangkutan turut menjadi kebimbangan nasional utama apabila disebut kira-kira 57% responden.

 

"Situasi ini menunjukkan tekanan terhadap perbelanjaan harian masih menjadi perhatian besar, namun tahap keyakinan rakyat terhadap hala tuju negara dilihat lebih positif," jelas kenyataan Milieu.

 

Sebanyak 51% responden percaya Malaysia sedang bergerak ke arah yang betul, lebih tinggi berbanding Singapura (41%) dan Thailand (25%), sekali gus meletakkan sentimen positif dalam kajian tersebut.

 

Di peringkat serantau, Vietnam mencatat sentimen paling optimistik apabila 71% responden percaya negara itu bergerak ke arah yang betul, manakala Filipina merekodkan tahap paling rendah pada 20%.

 

kos sara hidup_DagangNews2026

 

Ujar Milieu, selain kos sara hidup, peluang pekerjaan turut menjadi perhatian di Malaysia apabila 30% responden menyifatkannya sebagai isu utama, berbanding 43% di Singapura dan 28% di Thailand.

 

"Sementara itu, isu integriti dan kebertanggungjawaban kerajaan hanya mendapat perhatian kira-kira 28% responden di Malaysia, berbanding 42% di Thailand manakala 11% di Singapura," tambahnya lagi.

 

Dari perspektif generasi, kos sara hidup menjadi kebimbangan utama bagi kumpulan umur dewasa dengan 39% dalam kalangan berusia 25 hingga 34 tahun kepada 57% bagi golongan berumur 55 tahun ke atas.

 

Bagaimanapun kata Milien, golongan Gen Z berusia 16 hingga 24 tahun menunjukkan corak yang berbeza apabila isu rasuah serta integriti dan kebertanggungjawaban kerajaan menjadi kebimbangan utama.

 

Sebanyak 33% responden menyenaraikan isu berkenaan, iaitu sedikit mengatasi kos sara hidup sebanyak 32% berdasarkan pengalaman dan jangkaan rakyat terhadap perubahan berlainan mengikut negara.

 

"Walaupun rantau ini berkongsi banyak cabaran, strategi awam perlu mengambil kira situasi di peringkat tempatan," kata Ketua Pegawai Eksekutif Asia Tenggara Milieu, Cindy Pang. - DagangNews.com

Terkini featured standard
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved