Kanser tulang lazimnya menyebabkan pesakit dirawat dengan organ yang terjejas dipotong. Tetapi menerusi teknologi cetakan 3D titanium, penyelidik daripada Hospital Gregorio Marañón dan Universiti Politeknik Madrid berjaya menyelamatkan kaki seorang pesakit buat pertama kali dalam sejarah.

Bahagian tulang tibia yang terjejas oleh kanser seorang pesakit berusia 38 tahun digantikan dengan tulang cetakan 3D titanium. Imbasan 3D tulang diambil terlebih dahulu sebelum kembar digital dihasilkan dalam komputer. Sebelum tulang cetakan 3D dihasilkan, ia diuji dahulu secara maya bagi melihat ketahanannya.

Teknik cetakan 3D menghasilkan tulang gantian titanium yang berongga. Implan ini akan bergabung dengan tulang sedia ada dengan ia hanya seberat 300 gram dengan ketahanan menahan beban sehingga 500 kg. Ia lebih ringan berbanding tulang gantian logam biasa seberat beberapa kg tetapi sekadar boleh menampung beban 150 kg.

Kerana ia berongga, tulang pesakit kemudian akan tumbuh sekitar kekisi rongga tulang cetakan 3D dengan ia diintegrasikan terus dalam tubuh secara perlahan-lahan. Eksperimen ini dilakukan setahun lalu dengan pesakit kini boleh kembali berjalan selepa hilang upaya dua tahun lalu. Beliau masih sedang menjalani rehabilitasi untuk kembali berjaya sepenuhnya menggunakan kaki sendiri.
Hospital Gregorio Marañón Hospital mengatakan satu lagi prosedur telah dilakukan ke atas seorang lagi pesakit. Dua lagi prosedur akan dilakukan kali ini untuk menggantikan bahagian pergelangan tangan dan sternum pesakit. Di masa hadapan penyelidik berharap teknik yang dibangunkan ini boleh menggantikan organ yang rosak tanpa ia amputasi.

