Teknik goreng telur mata kerbau kena betul, barulah hasilnya cantik & tak mudah pecah. Begini caranya!

Cooking
1 Sep 2023 • 11:30 AM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

KALAU tengah lapar, pekena nasi dengan telur mata sebiji pun sudah memadai. Menu paling mudah dan cepat.

Bunyi macam mudah jer, kan nak goreng telur mata. Namun, belum tentu hasilnya memuaskan hati anda.

Silap hari bulan, ada yang terpecah kuningnya, terlebih masak dan sebagainya.

Sebenarnya, nak goreng telur mata kerbau ada caranya, barulah boleh dapat kuningnya yang cantik dan sempurna.

mata

SinarPlus ada terbaca perkongsian daripada saudara Wan Luqman. Beliau memuat naik beberapa tip sebagai panduan ketika menggoreng telur.

 

ELOK KEJADIAN

Pengalaman bekerja sebagai tukang goreng telur banyak membantunya. Patutlah hasil yang dikongsikan nampak elok kejadiannya.

Telur mata kerbau ni kalau nak hasil yang puas hati, pastikan:

image is not available

1. Guna kuali kecil dan ke dalam sedikit lengkuknya. Ini kerana, telur putih akan membaluti telur kuning tu sedikit dan telur tu tidak merebak ikut saiz kuali.

2. Setelah itu, panaskan kuali, barulah letak minyak. Ratakan minyak ke seluruh permukaan kuali.

2. Minyak kena banyak supaya telur akan tenggelam dan biarkan ia rata. Pecahkan telur dalam mangkuk kecil dahulu, jangan terus pecahkan ke dalam kuali.

image is not available

Usah risau, toskan terlebih dahulu atas sudip bagi minyak tu meleleh jatuh selepas goreng, jangan angkat ke dalam pinggan terus. Bila keliling putih dah mula garing sedikit, barulah di angkat.

3. Guna telur saiz C dan D. Pilih telur yang segar dan bukan yang sudah hampir nak tamat tempohnya. Jika tidak, kuning tu akan pecah.

4. Jangan biarkan minyak terlalu panas sehingga kuali berasap baharu nak masukkan telur, nanti meletup telur tersebut.

5. Pastikan tiada sebarang air semasa proses meletakkan telur ke dalam kuali, nanti meletup dan merosakkan tekstur telur mata tersebut.

image is not available

6. Nak pecah terus atau masukkan ke dalam cawan atau mangkuk kecil dahulu pun boleh.

7. Kalau suka kuningnya berwarna oren, boleh guna telur omega atau telur itik. Tapi kebanyakan telur itik bersaiz besar.

“Sekian tip daripada anak murid kepada mahaguru sifu telur mata kerbau. Setiap orang berbeza tip dan ada petua mereka tersendiri.

“Terpulang atas kemahiran masing-masing. Janji jangan pecahkan telur kuning itu,” ujar beliau.

image is not available

Menarik, kan idea yang dikongsikan ini. Admin pun nak cuba juga. Teruja tengok hasilnya. Elok betul kejadian telur tersebut, kan!

Sumber: Facebook Wan LuQman

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang