Teknologi digital mampu tingkat kecekapan industri perlombongan

LocalTechnology
25 Sep 2026 • 12:22 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

Image from: Teknologi digital mampu tingkat kecekapan industri perlombongan

PUTRAJAYA: Industri perlombongan di negara ini perlu memanfaatkan teknologi digital bagi memperkukuh tadbir urus dan meningkatkan kecekapan industri perlombongan.

Pensyarah Kanan di Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral Universiti Sains Malaysia Prof Madya Dr Mohd Hazizan Mohd Hashim berkata, perkara itu penting bagi memperkasa aspek pemantauan, pelaporan dan mengurangkan risiko ketirisan.

Beliau berkata, penggunaan teknologi seperti geotagging, pemantauan masa nyata dan blockchain berpotensi membantu memastikan setiap pergerakan dan asal-usul bahan mentah dapat dijejaki dengan lebih berkesan.

“Teknologi itu juga membolehkan data daripada operasi perlombongan direkod dan disalur secara terus kepada pihak berkaitan sekali gus mengurangkan kebergantungan kepada kaedah manual yang berpotensi terdedah kepada manipulasi.

“Ini dapat mengurangkan ruang untuk data dimanipulasi dan membolehkan pemantauan dilakukan secara masa nyata,” katanya ketika pembentangan bertajuk ‘Memperkasa Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Dalam Industri Perlombongan di Malaysia” di sini hari ini.

Katanya, berdasarkan kajian lapangan, terdapat beberapa syarikat dalam industri itu yang sudah mula melaksanakan elemen digitalisasi dan mendapati ia membantu mengurangkan ketirisan dan meningkatkan kecekapan pelaporan.

Bagaimanapun, katanya, Malaysia tidak boleh dianggap jauh ketinggalan dari segi teknologi kerana pelbagai teknologi berkaitan sudah tersedia, sebaliknya cabaran utama adalah dari segi kesediaan pemain industri dan agensi kerajaan untuk melaksanakannya secara lebih meluas.

“Teknologi itu memang sudah ada. Persoalannya sama ada pemain industri, agensi, Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan melihatnya sebagai sesuatu yang perlu dilaksanakan dengan segera,” katanya.

Mengambil contoh pengalaman di beberapa negara, katanya, Indonesia kini menggunakan pusat operasi atau ‘war room’ bagi memantau aktiviti perlombongan secara menyeluruh.

Katanya, sistem pemantauan itu bukan sahaja membolehkan produktiviti dipantau, malah teknologi tertentu mampu mengesan aspek keselamatan seperti keadaan pemandu yang mengantuk ketika mengendalikan kenderaan. – UTUSAN

The post Teknologi digital mampu tingkat kecekapan industri perlombongan appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved