HPTN 2026 perkukuh bakat teknikal seiring perkembangan AI

LocalTechnology
24 Sep 2026 • 4:20 PM MYT
Utusan Online
Utusan Online

Berita terkini, tepat dan dipercayai daripada Utusan Malaysia

terkini

PETALING JAYA: Penganjuran Hari Profesion Teknikal Negara (HPTN) 2026 bakal memacu jaringan antara industri, institusi pendidikan dan badan profesional dalam menghadapi perubahan teknologi termasuk kecerdasan buatan (AI).

Pengasas dan Pengarah Urusan VFive Group, Datuk Mohd. Syafiq Abdullah berkata, perkembangan automasi, sistem digital dan AI menuntut tenaga teknikal yang mampu menyesuaikan kemahiran mengikut keperluan semasa.

Katanya, keperluan terhadap bakat teknikal kini bukan hanya tertumpu kepada kompetensi, sebaliknya turut melibatkan keupayaan mengikuti perkembangan teknologi yang semakin pantas.

Menurut beliau, penerapan teknologi dalam sektor seperti pembinaan, pengurusan fasiliti, teknologi maklumat dan tenaga boleh diperbaharui perlu disokong dengan pembangunan tenaga kerja yang bersesuaian.

Katanya, teknologi seperti AI, Internet of Things (IoT), Building Information Modelling (BIM), Digital Twin dan automasi semakin digunakan dalam sektor berkenaan.

“Justeru, dengan sokongan dan kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan, kita terus melangkah ke hadapan seiring dengan perkembangan teknologi yang sangat pantas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

HPTN 2026 bertemakan ‘Profesion Teknikal Pemacu Kelestarian’ dan akan berlangsung pada 1 dan 2 Disember ini di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), Sarawak. – UTUSAN

The post HPTN 2026 perkukuh bakat teknikal seiring perkembangan AI appeared first on Utusan Malaysia.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved