Teks dan Pelekat Kini Boleh Diletakkan Dalam Gambar Di Instagram

TechnologyDigital
28 Aug 2024 • 12:26 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Akhirnya teks dan pelekat boleh diletakkan dalam gambar yang dimuat naik ke Instagram. Sebelum ini ciri ini hanya boleh dilakukan pada gambar serta video yang diletakkan di Stories. Ciri ini sudah lama diminta oleh pengguna dan kini anda tidak lagi perlu menggunakan aplikasi suntingan gambar pihak ketiga untuk meletakkan teks pada di gambar.

image is not available

Untuk menggunakan dua ciri ini pada gambar, hanya tekan butang teks selepas anda memilih foto daripada galeri. Anda boleh menambah pelekat dengan menekan butang galeri di penjuru kanan sebelah atas skrin. Tekan pada pelekat untuk menukarnya daripada segi empat tepat kepada bentuk segi empat sama, bulatan, hati atau bintang.

Turut diberikan menerusi kemas kini hari ini ialah reka huruf, animasi dan kesan khas baharu yang boleh digunakan di Reels dan Stories. Akhir sekali Instagram turut mengumumkan ciri menyokong sehingga 20 gambar pada carousel gambar kini boleh digunakan oleh semua selepas ia diumumkan lebih dua minggu yang lalu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved