Teksi Grab JB-Singapura Kini Boleh Ditempah Sehingga 90 Hari Lebih Awal

LocalTravel
9 Jul 2026 • 4:27 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penulis Alan Lakein pernah berkata “gagal untuk merancang ialah merancang untuk gagal”. Saya kerap kali melakukan tempahan sehari awal untuk pengangkutan ke lapangan terbang. Biar bayar lebih asalkan tidak tertinggal kapal terbang. Bagi pengguna perkhidmatan teksi rentas sempadan Johor Bahru-Singapura, mereka kini boleh melakukan tempahan sehingga 90 hari lebih awal.

Image from: Teksi Grab JB-Singapura Kini Boleh Ditempah Sehingga 90 Hari Lebih Awal

Perkhidmatan yang kini masih di peringkat Beta membolehkan tempahan seawal 90 hari atau selewat-lewatnya 12 jam sebelum perjalanan dilakukan. Sempena perkhidmatan ini masih di peringkat Beta, diskaun 25% akan diberikan bagi pelanggan yang melakukan tempahan awal. Ciri ini hanya terbuka kepada pelanggan di Johor Bahru dan Singapura sahaja pada ketika ini.

Grab mula menawarkan perkhidmatan teksi rentas sempadan JB-Singapura sejak bulan Mei. Semasa dilancarkan tempahan awal hanya boleh dilakukan 7 hari sebelum tarikh perjalanan ingin dilalukan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved