“Telefon 48 jam tanpa henti..” – Kekasih kongsi layanan romantik bercinta dengan Ameera Khan

EntertainmentLifestyle
6 Jun 2025 • 3:35 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

image is not available
Telefon 48 jam tanpa henti

Kekasih kepada pempengaruh media sosial, Ameera Khan iaitu Jefri Nichol mendedahkan telefon tanpa henti adalah perkara paling romantik yang pernah dilakukannya sepanjang menjalin hubungan percintaan.

Ujarnya, mereka kerap berhubung menerusi telefon merupakan rutin harian mereka dan panggilan akan terputus tanpa sedar ketika waktu tidur.

Telefon 48 jam tanpa henti

“Telefon selama 48 jam tanpa henti, paling-paling kalau terputus pun sebab tertidur, kita tengah bercakap ini pun saya tengah telefon dia,” ujarnya dalam satu temu bual bersama Denny Sumargo.

Ditanya mengenai mengapa memilih Ameera sebagai pasangannya, dia berkata soalan tersebut sesuai diajukan kepada adik Neelofa itu.

“Soalan itu kena tanya kepada Ameera kenapa mahu dengan saya. Saya pun kadang-kadang terfikir kenapa dia membuka hatinya untuk saya,” katanya.

Telefon 48 jam tanpa henti

image is not available

Tak panas ke telefon?

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut pasangan itu sanggup berhubung melalui talian tanpa henti selama dua hari.

image is not available image is not available

Semoga hubungan mereka kekal hingga pelamin

Dalam pada itu, ramai mendoakan agar Ameera dan Jefri segera menghalalkan hubungan masing-masing dan mendoakan agar segela urusan mereka dipermudahkan.

image is not available

Hubungan cinta antara Ameera Khan dengan Jefri Nichol bukan lagi rahsia apabila masing-masing kerap meluangkan masa bersama.

Walaupun terpisah dengan jarak, ia bukanlah penghalang untuk mereka kerana kedua-duanya dilihat tiada masalah untuk saling berkunjung ke negara masing-masing jika ada waktu luang.

Sumber: TikTok @dennysumargoreal