Telefon flagship Vivo turun harga hampir separuh pada 3 Mac 2023 di Lazada

Digital
28 Feb 2023 • 12:12 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Vivo Malaysia mengumumkan yang mereka akan mengadakan promosi telefon pada potongan harga besar. Pada 3 Mac 2023, mereka akan mengadakan acara Vivo x Lazada 3.3 Biggest One-Day dan pada hari tersebut ada pelbagai promosi menarak akan ditawarkan.

image is not available

Salah satu daripadanya adalah pemberian percuma bila anda beli telefon model terkini. Contohnya, pembeli Vivo X90 Pro 5G akan terima pengecas wayarles 50W percuma beserta hadiah lain bernilai RM1,045.

image is not available

Kemudian, untuk model iQOO 11 5G, pembeli akan terima iQOO Wireless Active bernilai RM159. Dan akhir sekali, telefon terbaharu yang bakal dilancarkan, Vivo V27e, juga akan terima hadiah bernilai RM666 untuk pembelian awal.

image is not available

Telefon yang agak berusia pula akan diberi potongan harga. Berikut adalah potongan harga ke atas telefon terpilih seperti:

  • X70 Pro 5G RM3,299 RM1,869
  • X70 5G RM2,499 RM1,299
  • V23e RM1,399 RM799
  • Y55+ 5G RM1,099 RM799
  • Y02e RM499 RM399

image is not available

Sekiranya anda berminat dengan penawaran Vivo, anda boleh pergi ke laman Vivo di Lazada pada 3 Mac 2023 untuk merebutnya.