Telefon tak dijawab! Individu kesal, staf tiada di kaunter pejabat Air Kelantan

23 Jul 2023 • 8:44 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Seorang lelaki dikenali Hanif M. Noor meluahkan rasa kesal dan terkilan terhadap pihak pengurusan Air Kelantan menerusi hantaran dimuat naik di platform Facebook miliknya, hari ini.

Telefon tak angkat, datang pejabat tiada orang

Hanif berkata, dia tidak menyangka sebaik sahaja mengetahui tiada orang di kaunter pertanyaan dan bayaran di pejabat cawangan Pasir Mas berkenaan selepas berkali-kali menelefon pihak pengurusan terbabit.

image is not available

Dakwanya, pejabat berkenaan masih belum dibuka meskipun jam sudah menunjukkan 9.13 pagi, selain terpaksa menunggu kemunculan staf di kaunter tersebut.

“Patutlah telefon tak diangkat, WhatsApp tak dibalas. Rupanya tiada seorang staf berada di kaunter. Pukul 9.13 pagi masih tutup, padahal waktu kerja bermula pada jam 8 pagi.
“Saya masuk dan tunggu kira-kira 10 minit, kemudian baru keluar seorang staf. Tetapi, dia (staf) bukanlah orang yang menjaga kaunter. Nak semak maklumat laporan pun tidak boleh, staf jaga kaunter cuti,”ujarnya.

image is not available

image is not available

Hanif turut menyertakan beberapa foto bagi menggambarkan situasi berkenaan yang berlaku pada hari Ahad iaitu waktu bekerja.

Apa yang lebih mengecewakan Hanif apabila staf yang bertanggungjawab tidak hadir pada hari tersebut dan membiarkan kaunter kosong tanpa dijaga oleh sesiapa.

“Boleh ke dia (staf cuti) tinggal kaunter kosong begitu sahaja? Teruk sungguh perkhidmatan. Telefon HQ sebanyak empat kali pun tidak diangkat panggilan. Minta peruntukan sampai RM8 bilion. Kalau seperti ini, layak diberi RM8 berbaloi,”luahnya lagi.

Seperti dijangka, hantaran tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan pengguna Facebook di mana masing-masing meluahkan pandangan dan pendapat peribadi.

image is not available image is not available image is not available

Sehingga kini, masih tiada sebarang kenyataan daripada pihak berkenaan mengenai isu tular tersebut.

Sumber: FB Hanif M. Noor