Telegram Bakal Memperkenalkan Ciri “Stories” Pada Bulan Julai 2023

TechnologyDigital
27 Jun 2023 • 11:57 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram Messenger kini nampaknya tidak tertinggal dalam menambah ciri seumpama perkhidmatan sosial lain, iaitu Stories. Dinamakan Telegram Stories, ia dijangka diperkenalkan kepada semua menjelang bulan Julai 2023 ini.

image is not available

Telegram menyatakan ruangan Stories akan diletakkan pada bahagian atas aplikasi, dimana ia boleh dikecilkan atau dibesarkan mengikut citarasa pengguna. Disamping itu, Telegram Stories turut akan memfokuskan kepada sokongan privasi, serta sokongan rakaman dwi-kamera serentak.

Dari segi tempoh paparan pula, Telegram akan benarkan pengguna untuk memilih tetapan sama ada menayangkan ia selama 6 jam, 12 jam, 24 jam, 48 jam, atau selamanya. Beberapa ciri lain turut dijangka diperkenalkan bersama, termasuk kebolehan berkongsi dari Channels ke Stories, dan sebagainya.

Bagi para pengguna Telegram, ciri Telegram Stories dijangka diperkenalkan kepada umum pada awal Julai 2023 ini.