Telegram Dikemaskini Dengan AI Editor – Ciri Saranan, Terjemahan Dan Penulisan Mesej Lebih Baik

TechnologyDigital
2 Apr 2026 • 4:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Bulan baharu, kemaskini bulanan baharu. Kali ini Telegram diberikan beberapa penambahbaikan menarik termasuk AI Editor. Ciri ini membolehkan editor teks berasaskan AI yang terbina dalam bar mesej digunakan untuk membetulkan tatabahasa, menukar gaya penulisan, atau menterjemah mesej ke bahasa lain dengan segera.

image is not available

Pengguna boleh memilih gaya ayat seperti Formal, Short, Tribal, Corp, Zen, Biblical dan Viking untuk menjadikan proses komunikasi lebih efisien. Semua proses dijalankan melalui Cocoon Network yang menjamin privasi penuh tanpa akses kepada data pengguna.

image is not available

Seterusnya, Telegram juga menambah baik fungsi undian dengan pelbagai ciri baharu. Kini pengguna boleh melampirkan media atau lokasi pada soalan dan pilihan jawapan, menambah keterangan untuk konteks, serta membenarkan cadangan pilihan baharu dalam undian aktif. Selain itu, keputusan undian boleh dipaparkan bersama siapa yang mengundi, menjadikan proses lebih telus.

image is not available

Pengguna juga boleh menetapkan masa tamat undian, menyembunyikan keputusan sehingga tamat, dan mengawal sama ada pengundi boleh mengundi semula atau tidak. Undian kini mempunyai tab khusus dalam profil kumpulan dan saluran yang memudahkan pencarian undian aktif serta semakan keputusan undian terdahulu.

image is not available

Kemudian, Telegram kini menyokong iOS Live Photos dan Android Motion Photos. Pengguna boleh menghantar gambar bergerak dengan tiga gaya berbeza iaitu Live (sekali main), Loop (berulang tanpa henti), dan Bounce (ulang depan-belakang).

image is not available

Telegram untuk iOS juga menambah baik dengan pengimbas dokumen terbina. Kamera peranti boleh digunakan untuk mengimbas dokumen dan menghasilkan fail PDF. Fungsi ini juga secara automatik akan membuang latar belakang, memangkas (crop) imej serta membolehkan pengguna menambah penuras sebelum menyimpan.

image is not available

Tidak ketinggalan, Telegram juga menekankan bahawa aplikasi rasmi mereka adalah sumber terbuka dengan protokol keselamatan yang boleh disahkan. Bagi pengguna aplikasi pihak ketiga, profil mereka akan memaparkan amaran keselamatan supaya orang lain tahu mesej yang dihantar mungkin kurang selamat.