Telegram Kini Memaparkan Iklan Pada Halaman Utama Permesejan

TechnologyDigital
22 Feb 2023 • 9:08 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Telegram Messenger kini nampaknya agak agresif dalam mengintegrasikan pengiklanan pada platform. Sejak awal pagi ini, pada aplikasi Android dan iPhone dikalangan pengguna tempatan, Telegram memperlihatkan pengiklanan pada bahagian paling atas aplikasi.

Telegram mengiklankan produk Telegram Premium melaluinya, meminta pengguna untuk melanggan ke penawaran berbayar berkenaan secara lebih agresif berbanding sebelum ini.

image is not available

Walaupun ia merupakan pengiklanan secara dalaman syarikat, namun ia memperlihatkan potensi dan bentuk paparan yang mungkin berlaku pada masa akan datang.

Sebelum ini, pihak Telegram sekadar memaparkan pengiklanan dalam Telegram Channel sahaja, dan dilabelkan sebagai iklan.

image is not available

Bagi anda, adakah anda selesa dengan paparan seperti ini, atau akan sanggup melanggan Telegram Premium untuk mengelak ia daripada dipaparkan?