
Telegram hadir dengan kemaskini terbaharu yang memberi tumpuan kepada pengalaman komuniti serta penyesuaian penggunaan. Antara ciri utama ialah mesej alu-aluan khas yang boleh ditetapkan pentadbir dalam kumpulan atau saluran. Melaluinya, hanya ahli baharu akan menerima mesej tersebut yang boleh disertakan dengan media, mesej berganda serta format teks berbeza.

Telegram turut menambah fungsi butang khusus yang boleh dimasukkan terus ke dalam mesej. Ia membolehkan pengguna memberi tindak balas segera. Apabila digabungkan dengan mesej sementara, ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seperti kuiz, tinjauan pendapat atau pesanan produk.
Sebagai contoh, dalam mesej kuiz pentadbir boleh menetapkan butang jawapan (A, B, C, D) dan ahli hanya perlu menekan butang tersebut untuk memilih jawapan. Dalam mesej tinjauan pula, butang boleh menjadi pilihan “Ya” atau “Tidak”. Untuk jualan produk, butang ini boleh digunakan sebagai “Pesan Sekarang” atau “Tambah ke Troli”.
Selain itu, Telegram turut memperkenalkan ciri dokumen sebaris. Dengan fungsi ini, sebarang media berbentuk fail, muzik atau dokumen boleh dimasukkan terus ke dalam mesej tanpa perlu dilampirkan secara berasingan, menjadikan perkongsian lebih mudah dan cepat.

Telegram kini berusia 13 tahun. Sepanjang tempoh itu, aplikasi ini telah melancarkan lebih 55 ciri baharu melalui ciri seperti Communities, AI bots, Smartwatch Apps, Mighty Polls dan sokongan Passkeys. Kesemua ini membuktikan komitmen telegram untuk terus berkembang sebagai aplikasi pemesejan yang mesra pengguna.




