Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz mendedahkan dirinya masih menjadi sasaran gangguan individu tidak dikenali menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Sharifah Mahani, gangguan berkenaan didakwa berlaku hampir setiap minggu membabitkan mesej serta panggilan daripada individu tidak dikenali, termasuk panggilan dari luar negara.
AdvertisementSituasi tersebut pada awalnya memberi kesan kepadanya sehingga dia pernah menangis dan mengadu mengenai perkara itu kepada Syed Saddiq.
Malah, Sharifah Mahani mendakwa terdapat individu yang merendah-rendahkannya sebagai seorang ibu selain mempertikaikan caranya mendidik anak.
Tidak terhenti di situ, ada juga pihak yang didakwa melemparkan kata-kata buruk terhadap tunang Syed Saddiq, Bella Astillah.
View this post on Instagram
Menurutnya, antara mesej yang diterima turut mendakwa Syed Saddiq memalukan keluarga selain mengaitkan dunia hiburan dengan perceraian.
Gangguan yang berterusan itu bagaimanapun membuatkan Sharifah Mahani memilih untuk tidak terlalu melayan perkara berkenaan.
View this post on Instagram
Untuk rekod, ini bukan kali pertama ibu Syed Saddiq menjadi perhatian susulan kecaman berkaitan hubungan anaknya dengan Bella.
Pada November tahun lalu, abang Syed Saddiq, Syed Abdullah pernah tampil meminta orang ramai supaya tidak menyerang ibu mereka selepas timbul pelbagai spekulasi mengenai hubungan Sharifah Mahani dengan Bella.
Bella sendiri kemudiannya meminta orang ramai menghentikan kecaman terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan kontroversi tersebut serta menegaskan bahawa keadaan antara mereka adalah baik.
Hubungan Bella dengan keluarga Syed Saddiq juga dilihat semakin rapat apabila Sharifah Mahani sebelum ini secara terbuka menyifatkan Bella sebagai seorang yang baik serta memuji keserasian penyanyi itu dengan anaknya.
Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac 2026.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Syed Saddiq Umum Nikahi Bella Astillah Pada 10 Oktober 2026, Teka-Teki Akhirnya Terjawab
The post “Auntie Hairan Macam Mana Mereka Dapat Nombor..” – Ibu Syed Saddiq Dakwa Terima Mesej Burukkan Bella, Syed Saddiq first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.






