Telegram Memperkenalkan Fungsi Program Sekutu Untuk Aplikasi Mini

TechnologyDigital
8 Dec 2024 • 9:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram sedia memperkenalkan ciri aplikasi mini melalui platform mereka, membolehkan pembangunan sejumlah aplikasi dan permainan yang ditawarkan terus pada aplikasi permesejan tersebut. Tidak setakat itu, kini dalam mengalakkan para pengguna mempromosikan, Telegram turut memperkenalkan fungsi program sekutu atau “affiliate” pada aplikasi mereka.

image is not available

Dengan langkah ini, sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk mempromosikan sesuatu aplikasi mini, dan menjana pendapatan dalam bentuk “Stars”. 

Bagi para pembangun aplikasi mini dan bot, anda boleh terus memulakan program affiliate untuk produk anda, dan menetapkan perkongsian pendapatan bersama mereka yang mempromosikan dan berjaya mendapatkan pelanggan.

image is not available

Buat masa ini, ia masih tidak menyokong produk fizikal seperti mana TikTok lakukan. Namun, ini mungkin permulaan, dan sama-sama kita lihat bagaimana ia akan mengubah penggunaan aplikasi mini dan bot di Telegram.