TikTok Malaysia Memperkenalkan Ciri Perkongsian Pautan Affiliate – Memudahkan Promosi Luar Aplikasi TikTok

TechnologyDigital
6 Dec 2024 • 5:35 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

TikTok Malaysia sedia membolehkan para pengguna perkhidmatan TikTok untuk mendaftar menjadi sekutu perkhidmatan tersebut, atau turut dinamakan sebagai “Affiliate”. Namun, selama ini, promosi hanya terhad untuk dalam aplikasi sahaja, dan sukar untuk seseorang mempromosikan produk dari TikTok Shop, diluar aplikasi TikTok.

image is not available

Perkara berkenaan berubah kini, apabia TikTok Malaysia memperkenalkan ciri perkongsian pautan Affiliate atau dipanggil mereka sebagai Affiliate Link. Mengikut halaman rasmi TikTok Shop Affiliate, ia dilihat janaan pautan Affiliate ini boleh dilakukan lebih kurang seperti perkongsian pautan lain ke TikTok – iaitu dengan menekan butang kongsi dan menjana pautan untuknya. Namun, hendaklah dipastikan yang seseorang pengguna telah mendaftar Program Affiliate terlebih dahulu sebelum dapat menjana pendapatan melalui perkongsian pautan berkenaan.

image is not available

TikTok mengatakan komisen daripada sesuatu Affiliate Link itu sah untuk maksimum 100 hari, dan selepas itu, pengguna perlu menjana pautan baharu. Komisen juga bergantung pada pautan produk yang terakhir dilihat adalah daripada pencipta berkaitan.

Bagi anda yang aktif menggunakan TikTok Affiliate untuk jana pendapatan tambahan, boleh menyemak ciri baharu ini, dan mula lakukan promosi diluat aplikasi TikTok.