Telegram Memperkenalkan Telegram Browser Dan Kemudahan Mencari Aplikasi Mini

TechnologyDigital
1 Aug 2024 • 4:24 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Aplikasi permesejan popular Telegram Messenger hari ini memperkenalkan beberapa ciri baharu pada aplikasi mereka, sekaligus membawa ia setapak lagi kehadapan berbanding aplikasi permesejan yang lain.

image is not available

Ciri pertama yang diperkenalkan adalah Telegram Browser. Melaluinya, pengguna dengan mudah boleh melayari sebarang pautan yang diterima menggunakan aplikasi permesejan berkenaan. Disamping itu, ia juga boleh digunakan untuk melayari pautan lain, mengakses penanda web yang disimpan, serta turut digunakan untuk mengakses web-web 3.0 yang dinamakan mereka sebagai TON Sites. Pengguna turut boleh mengecilkan paparan pelayar web dan kembali menggunakan aplikasi permesejan melalui integrasi Telegram Browser ini.

image is not available

Disamping itu, Telegram turut menyertakan kemudahan untuk mencari aplikasi mini melalui halaman carian. Telegram menamakan sokongan ini sebagai Telegram Mini App Store. Ia sekaligus memudahkan penemuan pelbagai aplikasi yang terdapat pada ekosistem Telegram dengan mudah.

Bagi anda yang menggunakan Telegram, boleh mengemaskini aplikasi anda hari ini, dan menikmati ciri-ciri baharu yang disertakan ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved