Telegram Menyasarkan Mencapai 1 Bilion Pengguna Aktif Bulanan Pada Tahun 2024 Ini

TechnologyDigital
17 Apr 2024 • 1:14 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Telegram Messenger kini berkongsi mengatakan mereka menyasarkan platform permesejan tersebut mencapai angka 1 bilion pengguna aktif pada tahun 2024 ini. Buat masa ini, perkhidmatan permesejan berkenaan mempunyai sekitar 900 juta pengguna aktif bulanan.

image is not available

Telegram turut menekankan yang mana mereka merupakan satu-satunya platform yang neutral dan tidak terlibat dengan geopolitik – berbeza dengan platform sosial lain.

Telegram Messenger telah mula melihat kepada beberapa langkah menjana pendapatan kebelakangan ini, termasuk memaparkan pengiklanan pada Telegram Channels – dan berkongsi pendapatan dengan pemilik saluran berkenaan.

Disamping itu, ia turut dilaporkan Telegram sedang melihat untuk melakukan penyenaraian awam syarikat berkenaan tidak lama lagi.