Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu

19 Oct 2022 • 7:21 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Bertema ‘Legasi’, akan diadakan pada 24 hingga 29 Oktober

Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu. Setelah 2 tahun menyepi, kini Pustaka Negeri Sarawak kembali menganjurkan Sarawak Authors Festivals 2022 (SAF) dengan pelbagai aktiviti yang lebih meriah.

Dengan bertemakan ‘Legasi’ atau ‘Legacy’, Festival Penulis-Penulis Sarawak ini akan menemui penggiat seni di Pustaka Sibu pada 24 hingga 29 Oktober ini.

image is not available
Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu. Sumber gambar: FB Info Sibu

Demi meraikan penulis-penulis di Sarawak, banyak aktiviti diadakan

Festival ini diadakan adalah bertujuan untuk meraikan dan menghargai karya serta penulis-penulis di Sarawak. Jadi, untuk matlamat ini banyak aktiviti telah dirancangkan dan akan diadakan pada minggu festival ini.

Antara aktiviti yang akan diadakan adalah semua yang berkaitan dengan bidang penulisan dan penerbitan buku, lagu puisi, bengkel penulisan lagu tempatan, bengkel penulisan cerpen, pameran, perkongsian ilmu, forum dan banyak lagi. Bahkan, bengkel seni tulisan khat Jawi dan bahasa Cina juga akan diselitkan dalam festival kali ini.

image is not available
Tema Legasi, Festival Penulis-Penulis Sarawak Akan Menemui Penggiat Seni Di Pustaka Sibu. Sumber gambar: FB Info Sibu

Bukan itu sahaja, pada hari terakhir festival pula akan diadakan persembahan lagu-lagu tempatan yang akan dinyanyikan oleh artis tempatan kita sendiri seperti Ramles Walter dan ramai lagi.

Untuk sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan ingin menyertai, boleh menghubungi Bahagian Sarawakiana, Pustaka Negeri Sarawak, Sibu di talian 084-31200 dan disambung ke 200.

Apa tunggu lagi? Sama-sama kita meriahkan festival kali ini dengan memberi sokongan kita kepada semua penulis-penulis tempatan kita.

Nak dekat hujung tahun ini, banyak aktiviti dan program yang telah dirancang seperti di dalam artikel dibawah: