Teman Pergi Kerja, Hyuna & Junhyung Bekas Ahli BEAST Dilihat Luang Masa Bersama Di Bangkok

Music
11 Mar 2024 • 2:22 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Hyun-a dan Jun-hyung telah dilihat menghabiskan masa bersama di luar negara.

Seorang peminat telah berkongsi pengalamannya terserempak dengan pasangan kekasih, Hyun-a dan Jun-hyung bekas ahli BEAST. Di mana, kedua-dua penyanyi itu telah dilihat menghabiskan masa bersama di Bangkok, Thailand.

Selepas hantaran itu tular, seorang peminat lain telah menyatakan bahawa pasangan itu kelihatan seperti tidak berminat untuk menyembunyikan hubungan mereka.

Peminat itu berkata,

Saya terjumpa gambar ini di Xiahongshu (aplikasi sosial media China). Jun-hyung dan Hyun-a benar-benar bersama. Selepas mengumumkan hubungan mereka, mereka nampak seperti tidak mahu menyembunyikan apa-apa.

Di mana, dalam gambar yang dikongsi jelas kelihatan pasangan itu sedang bahawa meluangkan masa bersama sambil berpegangan tangan.

 

Post by @psyche.vniz View on Threads

 

Berdasarkan lokasi tempat mereka dijumpai, peminat telah mendapati bahawa penyanyi lelaki tersebut telah menemani Hyun-a yang sedang menjalani penggambaran di Bangkok.

Terlebih dahulu, kedua-dua pasangan ini telah mengumumkan hubungan mereka di media sosial pada Januari 2024.

Comel je kan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.