Teman Sepupu Solat Di Masjid, Lelaki Cina Teruja Rasai Pengalaman Berbuka Puasa

2 Mar 2026 • 2:56 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Baru-baru ini tular di media sosial seorang lelaki cina dikenali sebagai Henry Ong berasa teruja apabila merasai pengalaman baharu berbuka puasa di masjid.

Rasai pengalaman berbuka puasa

image is not available

Screenshot

Menerusi perkongsian di TikTok, rakan kepada Henry memberitahu tujuan lelaki itu adalah untuk menemani sepupunya yang baru sahaja memeluk Islam dan mengakui ia pertama kali melakukan perkara tersebut.

@syazwanevans

Cousin @Henry Ong dia nama Tareeq baru masuk Islam so harini kita bawak diorang berbuka dekat @Masjid Damansara Perdana #fypシ

“Ini dipanggil iftar kan, memang ramai orang dan ini pengalaman pertama saya. Saya teman sepupu dan sekarang kita berbuka puasa di Masjid Damansara Perdana,” kata Henry.

Dalam perkongsian berasingan, dilihat lelaki cina itu turut berkesempatan melaksanakan ibadah solat setelah berbuka puasa.

image is not available

Screenshot

“Dah ajak Henry Ong solat sekali, mana tahu dia rasa tenang dan dapat hidayah,” tulis rakanya.

Meninjau ke ruangan komen, warganet memuji lelaki cina itu yang cuba untuk mengenal Islam dan ada juga mendoakan agar dirinya diberi petunjuk untuk memeluk Islam.

Malah ada juga wargamaya memuji ketampanan lelaki itu dan berseloroh mahu berkunjung ke masjid terbabit untuk menemuinya.

Buat terbuka hati masuk Islam

image is not available

Ini cinta bukan cina

image is not available

Artikel lain:Ikut Jejak Anak, Lelaki Peluk Islam Di Usia 89 Tahun

Setakat artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih lebih 912,000 tontonan dan menerima lebih 88,000 tanda suka.

Sumber: TikTok  syazwanevans

The post Teman Sepupu Solat Di Masjid, Lelaki Cina Teruja Rasai Pengalaman Berbuka Puasa appeared first on Borak Daily.