
BEAUFORT: Temasya sukan adalah wadah terbaik untuk memupuk semangat kesukanan dan disiplin, kata Ahli Parlimen Sipitang Datuk Matbali Musah.
Selain itu ia juga memberi peluang menjalinkan silaturahim dalam kalangan murid selain membentuk perpaduan serta kerjasama yang erat.
Matbali amat berbesar hati dapat hadir merasmikan Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Zon Gadong (MSSZG) Kali Ke-53 2025 di Padang SMK Beaufort pada Khamis.
window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada Siti Guntok, Pengerusi Pengelola kejohanan tahun ini merangkap Guru Besar SK Bangkalalak dan semua ahli jawatankuasa pelaksana serta guru-guru besar sekolah yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini,” katanya.
Matbali berharap para peserta dapat meneruskan semangat juang, berikan yang terbaik dan jadikan usaha gigih ini sebagai motivasi untuk lebih berjaya di kejohanan yang akan datang.
Sk Padas Damit yang dinobatkan sebagai johan keseluruhan memperolehi 14 pingat iaitu lapan emas, dua perak dan empat gangsa, tempat kedua Sk Gerama dengan tujuh pingat iaitu empat emas dan tiga perak manakala tempat ketiga Sk Kebulu memperolehi enam pingat yang membabitkan tiga emas, dua perak dan satu gangsa.
Di tempat keempat ialah SK Lupak, diikuti SK Lago, SK Kabajang, SK Kepawa, SK Gadong, SK Suasa, SK Bentuka dan SK Bangkalalak masing-masing di tempat kelima hingga 11.
Sementara itu Guru Besar SK Bentuka Osman Pudin yang sempat ditemui berkata mereka mengucapkan terima kasih kepada Matbali kerana sudi merasmikan acara penutupan temasya tersebut.
“Sambutan amat meriah sekali dimana murid-murid dapat menyesuaikan diri sambil mempupuk perpaduan dan bersemangat memberi sokongan kepada pasukan masing-masing,” katanya
Osman turut memberi penghargaan kepada ibubapa yang memberi sokongan kepada anak-anak untuk menunjukkan potensi dan bakat mereka.
