Temb*k Ke Arah Sempadan Malaysia, Dua Lelaki Thailand Ditahan Di Padang Besar

Entertainment
17 Dec 2024 • 4:14 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Baru-baru ini, tular sebuah video di media sosial memaparkan dua lelaki menembak ke arah kawasan sempadan Malaysia di Padang Besar, Perlis.

Menurut laporan Kosmo!, difahamkan dua lelaki itu merupakan warganegara Thailand, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, insiden tersebut berlaku pada pukul 10.28 pagi ketika dua anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) sedang menjalankan rondaan menerusi Ops Taring Wawasan Kedah/Perlis.

image is not available

Video penuh di sini.

“Ketika kejadian, anggota PGA terbabit segera mencari perlindungan selepas tembakan dilepaskan ke arah mereka.

Tiada kecederaan dilaporkan, dan bantuan segera diterima daripada Pasukan Risik Batalion 1 PGA serta kenderaan perisai,” katanya.

Difahamkan, jarak tembakan dilepaskan dianggarkan sejauh 66 meter dari kawasan sempadan Padang Besar.

Menurut Razarudin, hasil rakaman CCTV menunjukkan dua suspek menaiki skuter bernombor pendaftaran Thailand dipercayai datang dari kawasan kebun getah.

“Mereka berhenti, mengeluarkan pistol, dan melepaskan kira-kira 10 das tembakan sebelum beredar,” katanya lagi.

Soal siasat mendapati suspek lelaki berusia 21 dan 28 tahun itu mengaku meminjam pistol semi auto daripada seorang rakan mereka.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.