Tembak mati tiga individu: Warga emas 71 tahun direman

LocalPolitics
20 Apr 2026 • 11:39 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

Image from: Tembak mati tiga individu: Warga emas 71 tahun direman
Suspek kes tembak mati tiga individu ditahan reman selama satu minggu selepas mendapat perintah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.
Image from: Tembak mati tiga individu: Warga emas 71 tahun direman
Suspek kes tembak mati tiga individu ditahan reman selama satu minggu selepas mendapat perintah di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.

KOTA TINGGI - Seorang pekebun warga emas direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan kes dua lelaki dan seorang wanita warga Vietnam mati ditembak depan sebuah restoran di bandar ini pada Ahad.

Perintah reman tersebut dikeluarkan oleh Majistret Nurkhalida Farhana Abu Bakar di Mahkamah Majistret Kota Tinggi bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berusia 71 tahun tiba di pekarangan mahkamah sekitar jam 9 pagi dengan tangan bergari.

Pada Ahad, Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad dilaporkan berkata, Pusat Kawalan Daerah (DCC) Kota Tinggi menerima maklumat berkenaan kejadian itu jam 1.30 petang.

**media[3496603]**

Katanya, siasatan mendapati dua lelaki dan seorang wanita warga asing berusia 37 hingga 63 tahun maut ditembak dengan menggunakan senjata api jenis shotgun di restoran berkenaan.

"Ketiga-tiganya maut di tempat kejadian. Bertindak atas maklumat, Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi dan Bahagian D9 Siasatan Khas Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) membuat satu tangkapan pada pukul 2 petang.

Pihaknya turut membuat rampasan selaras senjata api jenis shotgun buatan Benelli M Super yang dipercayai digunakan untuk menembak mangsa dalam kes berkenaan.

Katanya, semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan senjata api dimiliki lelaki itu mempunyai kelulusan lesen yang dikeluarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Jelasnya, siasatan lanjut dijalankan bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh, jika sabit kesalahan boleh dipenjara 30 hingga 40 tahun dan jika tidak dihukum mati, boleh disebat 12 kali.

"Setakat ini motif pembunuhan masih dalam siasatan. Bagaimanapun berdasarkan siasatan awal kejadian yang berlaku tidak melibatkan elemen kongsi gelap dan unsur-unsur keganasan.

"Pihak polis tidak menolak kemungkinan motif pembunuhan berpunca daripada masalah hutang peribadi," katanya.

 

 

 

View Original Article