Tembakan Di Stesen Minyak, Lelaki Parah Ditemb*k Di Perut & Dada

8 Nov 2025 • 12:59 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

Seorang lelaki berusia lingkungan 30-an parah ditembak dalam kejadian di sebuah stesen minyak berhampiran Bukit Tinggi, di sini, lewat malam Jumaat.

Menurut sumber, mangsa dipercayai cedera di bahagian perut dan dada selepas terkena beberapa das tembakan dalam insiden yang berlaku sekitar jam 11.30 malam.

image is not available

Mangsa, yang difahamkan mempunyai beberapa rekod jenayah lampau, telah dikejarkan ke hospital dan kini menerima rawatan kecemasan.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Ramli Kasa, mengesahkan kejadian dan memaklumkan bahawa siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti motif serta suspek yang terlibat.

Beliau turut berkata bahawa kenyataan rasmi berhubung kes tersebut akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor dalam masa terdekat, sementara polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dan mengumpul keterangan saksi di lokasi kejadian.

Sumber: Sinar Harian

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.